EDIT ME

EDIT ME

EDIT ME

Loading

Rumah Teh Bunga, Jalan Hutton, Penang

Share Bloggeron




Telah beberapa kali saya ke Pulau Pinang namun jarang dapat saya mendalami sesuatu warisan binaan lama dengan lebih mendalam. Dengan peluang yang telah saya perlolehi dari seorang rakan konsevator, saya dapat mengenali salah satu rumah agam lama yang kini dikenali sebagai Rumah Teh Bunga yang terletak di Jalan Hutton.

Dikatakan rumah ini telah dibina pada sekitar tahun 1893 dan telah di diami oleh bebrapa generasi. Rumah ini diberinama Teh Bunga kerana warnanya seakan sama seperti air teh bunga, kekuningan.

Pemilik asal rumah ini adalah Tuan Abdul Wahab dan merupakan keturunan Jawi dan juga seorang saudagar yang berjaya, namun dia tinggal disini dalam tempoh yang agak singkat setelah rumah ini dibeli oleh seorang berketurunan cina bernama Tan Chong Keat untuk dijadikan kediaman keluarga beliau.

Pada tahun 2008 rumah ini diletakan di bawah jagaan Amanah Raya sebagai Pemegang Amanah Hartanah setelah usaha yang dijalankan oleh PEMENANG (Persatuan Melayu Pulau Pinang) yang di pengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Seri Haji Mohd Yussof Latiff untuk mendapatkan semula rumah ini dari Encik Tan Chong Keat. Cadangan beliau untuk menjadikan rumah ini sebagai Galeri Melayu Pulau Pinang kerana rumah ini dibina oleh keluarga Jawi Peranankan di sambut baik dan satu lawatan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim telah dijalankan pada tahn 2007.

Rumah agam 2 tingkat ini dibina di atas tanah seluas 1608 meter persegi dan terletak betul betul dihadapan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung. Rumah ini menerima gaya binaan Sino-Malay serta bumbung limas Melayu mengabungkan ciri-ciri Cina dan Eropah. Rumah ini juga ada persamaan dengan rumah Syed Al Attas di Lebuh Armenian dan Hotel New Savoy sekarang yang terletak selang satu bangunan dengan Rumah Teh Bunga ini.




Peranakan Jawi

Jawi peranakan adalah masyarakat yang mempunyai darah campuran India Muslim dan juga Melayu, mereka berhijrah ke Pulau Pinang sebelum penerokaan Pulau Pinang oleh Francis Light. Mereka ratanya adalah dari suku Marakayar yang berasal dari daerah Kelantan di Selatan India di Tamil Nadu serta Kerala. Jalan Hutton dan Jalan Chulia adalah antara kawasan penempatan awal mereka.

Tujuan mereka ke Pulau Pinang adalah untuk berdagang dan sebagai pekerja malahan ada juga menjadi tahanan pihak British.

Rumah Syed Al Attas ada persamaan dengan rumah Teh Bunga


Bawah ini ada beberapa foto sekitar rumah Teh Bunga










StumbleDeliciousTechnoratiTwitterFacebookReddit

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

mereka berasal dari daerah Kelantan, selatan India??? kat India ada daerah Kelantan ke???


Adi

About Me

Foto Saya
Darth Vadder
Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Lihat profil lengkap saya

Traffic Site


ShoutMix chat widget

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Blog Archive

Currently Online